Thursday, July 26, 2012

Bidang Tugas Unit HEM

SETIAUSAHA : PUAN MAZNITA




Senarai Tugas
1. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
2. Menentukan takwim HEM.
3. Menyedia dan mengemaskini fail unit masing-masing.
4. Merancang aktiviti HEM jangka panjang/ pendek (Pelan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi). Menilai aktiviti tersebut, membuat laporan dan mengambil tindakan susulan. Membuat penambahbaikan untuk tahun berikutnya. Memastikan penglibatan murid menyeluruh.
5. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukkan kewangan yang akan digunakan sepanjang tahun.
6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam aktiviti HEM peringkat zon/ negeri/ kebangsaan.
7. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan murid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam tugas/ aktiviti masing-masing.
8. Memastikan murid diberi bimbingan dan kaunseling yang sewajarnya.
9. Memastikan murid mematuhi peraturan sekolah dan mempunyai disiplin yang baik. Memastikan Sistem Salahlaku Disiplin Murid dan Dokumen Disiplin Murid sentiasa dikemaskini dan tepat.
10. Memastikan Lembaga Pengawas menjalankan fungsi dan mempunyai prestasi yang cemerlang.
11. Memastikan KPJ melaksanakan program dan aktiviti mengikut panduan JPWPKL.
12. Memastikan semua tingkatan diuruskan dengan sempurna dengan kerjasama penyelaras tingkatan.
13. Memanduarah Lembaga Ketua Kelas dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
14. Memastikan bantuan iaitu SPBT, kebajikan, biasiswa, dan KWAPM murid diutamakan dan diuruskan dengan baik.
15. Memastikan Program 3K iaitu kebersihan, kesihatan dan keselamatan dilaksanakan.
16. Memastikan Sistem Maklumat Murid/ Borang Maklumat Murid sentiasa dikemaskini dan tepat.
17. Melaksanakan Program PPDa Peringkat Sekolah dan menyertai Program PPDa Peringkat Zon, Negeri dan Kebangsaan jika ada peluang.
18. Melaksanakan Program RIMUP Peringkat Kelompok dan Peringkat Sekolah.
19. Memantau perkhidmatan kedai buku agar beroperasi dengan cemerlang.
20. Memantau perkhidmatan kantin agar beroperasi dengan cemerlang.
21. Memastikan sekolah sentiasa ceria.


Mesyuarat
Ada dua jenis mesyuarat jawatankuasa ini iaitu mesyuarat sidang penuh dan mesyuarat sidang kes. Kekerapan kedua-dua mesyuarat ini diadakan adalah terpulang kepada keperluan dan budibicara pengetua. Mesyuarat sidang penuh ialah mesyuarat yang diadakan bagi membentangkan dan membincangkan peraturan yang digubal, membentang dan membincangkan cadangan tambahan dan pindaan kepada peraturan yang ada dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan murid-murid. Semua Ahli Jawatankuada dikehendaki hadir. Mesyuarat sidang kes ialah mesyuarat yang diadakan dari masa ke semasa mengikut keperluan tertentu apabila Pengetua / Pengerusi berpendapat bahawa sidang demikian perlu diadakan. Dalam semua mesyuarat sidang kes Ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment